Terma perintis
Terma ini meliputi program perintis kerani sebut harga Hoelee yang berjalan di WhatsApp. Ia ditulis untuk dibaca, bukan untuk menyembunyikan apa-apa. Dikemas kini 15 November 2026.
Tiga perkara penting
- RM149 sebulan, tiada kontrak. Nak berhenti, hantar mesej kepada kami; bulan depan anda tidak dicaj.
- Pelanggan dan harga anda kekal peribadi. Minta padam, kami padam.
- Kami hanya sebut harga dari senarai harga yang kita isi bersama — semak jumlah sebelum hantar.
1. Apa itu perintis
Pembantu sebut harga untuk kontraktor. Anda hantar satu kerja dalam mesej WhatsApp dan terima sebut harga PDF, kemudian resit deposit, invois akhir dan resit akhir. Harga dibaca dari senarai harga yang kita isi bersama. Pembantu ini merangka; anda luluskan; anda hantar.
2. Berapa kosnya
- RM149 sebulan, termasuk 120 sebut harga sebulan.
- Melebihi 120 sebut harga dalam satu bulan kalendar: tambah nilai dari RM35, jadi sebut harga urgent tak pernah tersekat.
- Set up disertakan: senarai harga, logo dan QR DuitNow anda kami isi bersama.
- Satu minggu percuma bila tiga benda tu dah siap. Kami tak minta kad semasa perintis.
- Tiada komisen atas nilai kerja anda.
3. Apa yang ia bukan
- Ia bukan invois cukai. Dokumen tertulis “tawaran harga · bukan invois cukai”.
- Ia tidak menghantar apa-apa ke LHDN atau MyInvois. Perniagaan di bawah RM3 juta pusing ganti tahunan, tanpa syarikat berkaitan melebihi garis itu, secara amnya dikecualikan daripada mengeluarkan e-Invois (Garis Panduan Umum LHDN v4.8, 30 Ogos 2026). Jika perniagaan anda termasuk dalam skop, kami sediakan pek bulanan untuk sistem perakaunan anda.
- Pengecualian e-Invois tidak menghapuskan tanggungjawab simpan rekod anda: anda tetap mesti mengeluarkan dan menyimpan resit bernombor berturutan. Setiap sebut harga, resit deposit, invois dan resit yang dicetak perkhidmatan ini membawa nombor berjalan sendiri.
- Ia tak menggantikan buku akaun anda, atau SQL Account, AutoCount atau Bukku.
- Ia tidak menghantar mesej kepada pelanggan anda. Anda kekal sebagai pengirim.
4. Senarai harga anda, dan ketepatan
Pembantu hanya boleh sebut harga yang ada dalam senarai harga yang kita isi bersama. Ia tidak mereka angka. Anda bertanggungjawab atas ketepatan harga, keterangan unit dan terma yang anda beri kepada kami, serta menyemak setiap dokumen sebelum dihantar.
5. Ketersediaan semasa perintis
Perintis ini produk yang sedang berjalan, bukan perjanjian tahap perkhidmatan yang siap. Nota suara belum tersedia; mesej bertaip ialah jalan yang disokong dari hari pertama. Jika sesuatu berhenti berfungsi, kami baiki, dan kami beritahu apa yang berlaku.
6. Berhenti
Anda boleh berhenti bila-bila masa dengan memberitahu kami di WhatsApp. Pada masa itu anda terima eksport dokumen dan senarai harga anda. Kami tidak memegang rekod anda sebagai tebusan langganan.
7. Siapa kami
Hoelee Enterprise, Malaysia. WhatsApp +60 12-797 2969 · me@hoelee.com. Butiran pendaftaran syarikat diberi secara bertulis bersama sebarang penglibatan berbayar.